Friday 10 June 2011

sang merpati menziarah kami

assalamualaikum..

bbrapa minggu y lalu kami ada terima kunjungan daripada sang merpati.. merpati y dtg mmbawa hajat.. hajat y  dibawa enam jam perjalanannya.. merpati mmbawa anak2 nya.. 40 orang kesemuanya..

hehe.. sebenarnya merpati dtg ke kami supaya anak2 nya diberi motivasi untuk terbang lebih tinggi apabila mereka tamat sekolah tdk bbrapa lama lg.. insyaallah..


secara kebetulan pula saya diamanahkan (dipaksa. :p) utk mmbantu merpati mencapai hajat mereka itu.. tanpa mmbuang masa saya dan rakan2 y lain segera berikhtiar..

slot pertama bersama anak2 merpati diisi dgn ceramah brtajuk "pendidikan dan kerjaya dalam bidang sains".. seorang professor telah dijemput dan ceramah beliau alhamdulillah mmg tidak mengecewakan..

seperti biasa ceramah dimulakan dgn latar belakang dan bru diketahui prof telah mndapat pndidikan lanjutannya di jepun.. seterusnya ceramah dijurus kpd bidang prof iaitu kimia hasilan semulajadi (NATURAL PRODUCT CHEMISTRY).. mmg teruja anak2 merpati mndengar kata2 prof lebih2 lagi apabila beliau menunjukkan gmbr2 corals, seaweeds and chemical compunds.. bertubi2 la soklan prof kne.. :p


yg menarik tntng pengisian prof (sekurang2nya bg aku la) ialah sistem pembelajaran sekolah y diamalkan di negara jepun.. dan ia mmg jauh brbeza drp sistem y diamalkan oleh barat.. sistem pendidikan di jepun ibarat 1 pepatah jepun y lebih kurang berbunyi..

"jika ada paku y timbul drp papannya, maka hendaklah paku itu disamakan kmbali seperti paku2 lain"

melalui pepatah ini prof menerang bahawa di jepun, setiap pelajar adalah sama sahaja.. tidak ada pelajar y trlalu pndai.. tidak ada juga y trlalu kurang.. dan semua pelajar akan dilayan dgn sama..
sekiranya ada y menonjol, maka kelas akan diolah spya tiada y menonjol..

jika diamati perkara ini sememangnya sistem ini jauh berbeza drp sistem y diamalkan di negara kita.. papepn sy di sini sekadar ingin berkongsi utk kita renungi brsama..

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

sekian. :D

No comments:

Post a Comment